Tags : Scha Alyahya wallpaper
  Tags : Scha Alyahya wallpaper
 Tags : Scha Alyahya wallpaper

ROKOK MERUGIKAN apa kata artis popular ??

Kata KILAFAIRY : "Jika anda sayangkan diri, keluarga dan kawan-kawan, katakan tak nak kepada merokok. Kita hidup di dunia cuma sekali, jadi jangan sia-siakan hidup kita."
 Kata DAFI : "Pada Dafi, merokok ni satu tabiat yang kurang sihat dan patut dielakkan. Ia bukan saja tak boleh membawa macam-macam penyakit malah membazir wang. Nasihat saya kepada perokok di luar sana adalah cubalah sehabis baik untuk berhenti. Nak berhenti terus memang susah, jadi cuba berhenti perlahan-lahan."
Kata RYZAL JAAFAR : "Merokok sangat membahayakan kesihatan. Kita boleh mendapat kanser dan macam-macam penyakit lagi. Selain itu, merokok juga adalah satu pembaziran. Kepada perokok, hormatilah kawasan zon larangan merokok dan orang di sekeliling terutamanya kanak-kanak, warga emas dan juga wanita kerana setiap hembusan boleh membawa maut! Kepada remaja jangan mencuba dan katakan tidak pada rokok."

IZWAN PILUS Meninggal Dunia !

Penyanyi Izwan Pilus, 33, yang popular dengan lagu Indah Lelapku dan Kembali Senyum meninggal dunia pada pukul 6.15 petang ini di Hospital Ampang, Selangor.Adiknya penyanyi Aril memaklumkan kematian abangnya melalui twitter miliknya petang ini. Alfatihah. Allahyarham meninggal dunia kerana jangkitan kuman dalam darah. Difahamkan Allahyarham jugakena jangkitan kencing tikus.[Image]ALFATIHAH..."Assalam, abang saya @izwanpilus baru sahaja menghembuskan nafasnya yg terakhir pada jam 6.15 pm." Demikian posting Aril dalam twitter miliknya.
Jenazah dimandikan di hospital dan akan dibawa pulang untuk disemadikan di Jasin, Melaka malam ini juga.Jenazah akan dikebumikan diTanah Perkuburan Islam Kampung Palembang, Gubah, Jasin, Melaka pada pukul 11.00 pagi esok.Izwan atau nama penuhnya Khairil Izwan Pilus mula mendapat perhatian selepas layak ke final Bintang RTM 2004. Walaupun tidak mendapat kejayaan, tapi dia mendapat banyak peluang di RTM dengan diasah bakat sebagai pengacara program hiburan di televisyen itu.Pemilik Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan dari Universiti Utara Malaysia itu sering mendapat perhatian bila muncul dalam acara glamor kerana keberaniannya menggayakan fesyen yang pelik dan menyerlah.Izwan sangat meminati penghibur Datuk Sudirman Hj. Arshad. Kreativiti fesyen yang sering digayakannya sedikit sebanyak mendapat ilham daripada gaya penghibur terkenal itu.Pada 18 Januari lalu Allahyarham melalui akaun twitter  miliknya mengadu tak sedap perut."xLena tido mlm td sbb perut bloated dek minum protiEn.. Huh!! So I need my sleep now!!!. Demikian catatannya.Sementara itu penyanyi Ani Maiyuni dalam akaun facebook  memberitahu dia dan Allahyarham menjayakan program Malar Segar (RTM) dan berduet lagu Kalau Bulan Bisa Ngomong minggu lalu.November lalu Allahyarham dimasukkan ke hospital kerana demam panas berpanjangan. Dia juga disahkan menghidap jangkitan kuman dalam darah. Selepas mendapat rawatan, Allahyarham kembali cergas sehinggalah dua minggu kebelakangan ini kesihatannya kembali terganggu.Menurut anggota keluarga, Allahyarham dimasukkan ke Hospital Ampang awal pagi ini selepas mengadu sesak nafas dan wajahnya kekuningan. Sebelah petangnya keadaannya semakin teruk.Mudah mesraSaya sendiri mengenali Allahyarham semasa awal kemunculan. Ketika menyertai Bintang RTM, pihak produksi mengadakan aktiviti promosi sebelum finalis beraksi di pentas akhir. Saya juga pernah mengadakan sesi fotografi bersama Izwan dan beberapa finalis lain.Izwan yang baru-baru mencuba nasib menjadi penyanyi dilihat seorang yang menyenangkan dan mudah mesra. Dalam temubual pada masa itu, Allahyarham begitu teruja kerana layak ke final. Dia seorang yang meyakinkan bila berkata-kata.Kerana itulah sebaik sahaja selesai pertandingan Bintang RTM, dia mendapat peluang mengacarakan beberapa program hiburan. Kemunculannya sentiasa menghibur dan menceriakan suasana. Sebelum dapat peluang merakam lagu Allahyarham terlebih dahulu dikenali sebagai pengacara.Allahyarham juga seorang yang santun dan sering mencium tangan setiap kali bersua dalam majlis atau di mana-mana sahaja. Gelagat periang dan cerianya tidak pernah berubah sejak awal mengenali sehingga ke hujung hayat. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Amin.

Betul ke HANS & NEELOFA bercinta ?

SEWAKTU Mama Juwie jumpa aktor dan pengarah popular yang handsome-HANS ISAAC pada Disember lalu... sempatlah tanya pasal hubungannya dengan aktres baru jelita NEELOFA atau 'Love?

Betul ke you dengan neelofa bercinta?

Jawab Hans: "Tak betul! Saya dengan dia (NEELOFA) hanya sahabat. Dia heroin filem saya. Begitulah kenyataan terus terang dari mulut Hans. 
Hans dan Neelofa hanya bercinta dalam filem romantik terbaru arahan Hans berjudul 'Lemak Kampung Santan'.
Hans sebagai Wan dari kota dan bertemu dengan gadis kampung bernama Itiqa (NEELOFA).
Menurut Hans, selepas shooting filem itu, ada juga dia bersama Neelofa pergi keluar makan di The Curve, Selangor tapi bersama keluarga dan kawan-kawan.
Okey laa... dalam filem 'Azura' si Neelofa bercinta dengan Shahz Jaszle dan dalam filem Lemak Kampung Santan dengan Hans pulak!
He!He! Meletup gitu!

Sudah 5 kali FOUZIAH GOUS jadi malu !

SELAMA jadi pelakon drama TV, sudah lima kali jelitawan-Fouziah Gous (29 tahun) memegang watak isteri bermadu. senang cakap berkahwin dengan laki orang laa...
Watak sebagai isteri muda dilakonkannya dalam drama Trilogi Cinta, Senyawa, Kekasih Awal dan Akhir, Tahajud Cinta (jadi isteri nombor empat) dan yang terbaru siri drama 'Karma' (TV9) arahan Eirma Fatima.
Kata Fouziah: "Nak menjiwai watak dan imaginasi perasaan sebagai madu memang susah sebab saya belum ada pengalaman dan belum pernah berkahwin.
"Dalam realiti hidup, saya tak nak hidup bermadu. Saya pun tak pernah berkawan dengan laki orang.
"Buat masa ni saya belum ada special boyfriend. Saya serahkan jodoh kepada Allah, kalau ada (jodoh)... ada laa....
Begitu kata Fouziah Gous.

Pakwe IZARA AISYAH romantik & hensem !

INDAHNYA hidup di alam pencintaan. yang pahit semuanya jadi manis. hati yang resah bertukar ceria seperti pelangi. tak gitu? itulah perasaan yang dialami oleh pelakon cun yang makin laris di pasaran IZARA AISYAH HISHAM (19). maklumlah, sedang bahagia denagn pakwe yang tersayang.

Cerita Izara :

"Seperti mana yang saya pernah cakap dengan MANGGA, Izara sangat bahagia sekarang. Rasa bertuah sangat dapat pakwe yang Izara idamkan selama ini. Sebenarnya kami dah lama kenal. Cuma pertengahan tahun lepas baru perasaan cinta mula wujud.
Dia seorang lelaki yang sangat memahami dan matang. Dia memberi kepercayaan dan kekuatan kepada Izara untuk terus buat yang terbaik dalam lakonan. Nak tahu... dia pun romantik dan hensem di mata Izara.
Pasal kerjaya, lakonan Izara (sebagai Zara) dalam drama bersiri Vanilla Coklat sedang ditayangkan. Zara dipaksa kahwin dengan Aamir (lakonan Aiman Mentor) yang dianggapnya kaki perempuan.
Pelbagai konflik yang berlaku sehinggalah mereka berkahwin. Akhirnya Zara sedar tenggungjawab sebagai isteri dan perkahwinan itu bukanlah main-main.
Jika sebelum ini Izara selalu bawa watak antagonis, peminat cukup teruja bila Izara bawa watak gadis baik pula. Namun masih banyak lagi kelemahan yang perlu Izara perbaiki. Izara nak cuba macam-macam watak lagi lepas ni. Izara tak nak cepat puas bila dipuji."
Haa... Begitulah luahan Izara yang dah banyak berlakon siri drama seperti Keranamu Laila (TV3), Selumbar Kasih(TV9), Jejaka J(Astro Prima), Sofiyya(TV3) dan banyak lagi.

TIPS PELAJAR CEMERLANG PMR

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    • kita ingat 10% apa yang dibaca
    • kita ingat 20% apa yang didengar
    • kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
    • kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    • kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
    ...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....
  5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    • pastikan cahaya adalah terang
    • kurangkan gangguan bunyi
    • tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    • tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    • kerusi dan meja menghadap kiblat
    • jangan lupa untuk senyum
  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  8. Tahu teknik merangsang memori:
    • memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    • menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    • mengingat kembali (recall)
    • menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    • persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    • pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    • belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    • untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    • duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    • memberikan tumpuan sepanuhnya
    • menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    • menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  22. Tahu petua mengulang kaji:
    • cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    • siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
    • duduk tegak dikerusi yang selesa
    • baca doa penerang hati
    • baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    • fikir dan ingat kembali isi utama
    • catat/lakar
    • semak semula ketepatan maklumat
    • ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    • buat rumusan
    • jawab soalan
    • tampal maklumat yang rumit di dinding
    • baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    • jangan makan kepala ikan
    • jangan makan organ dalaman
    • jangan minum semasa makan
    • jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    • jangan melihat kemaluan
    • banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    • banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    • banyakkan makan kekacang
    • pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    • jangan makan sehingga terlalu kenyang
    • jangan kencing berdiri
  25. Tahu kemahiran mengingat:
    • tampal nota-nota penting di dinding
    • tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    • gunakan kaedah akronim
    • reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    • pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  26. Cekap mengatur jadual belajar:
    • mempunyai jadual belajar
    • patuh kepada jadual
    • buat jadual yang boleh diikuti
  27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  32. Pelbagaikan tempat belajar.
  33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    • taat kepada Allah
    • mendirikan sembahyang
    • menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    • hormati & sayangi guru
    • bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    • suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    • membantu rakan yang memerlukan
    • berdoa dan bersyukur kepada Allah
    • sentiasa bertawakal
    • mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)

REFLECT


Assalamualaikum

last weekend, i emceed a fashion show (for boy, mind you naughty ladies) called Reflection.
honestly, i don't know how it went because i was the one talking and hanging around backstage, trying my utter best to repel my nerves. if it was me watching the show, probably i can tell how it went.
but from what a lot of people said, it was good. alhamdulillah =)

it was my first time emceeing events like this. i've done emceeing before, tapi memang fully scripted la. diri belakang podium pastu baca jeeeee. easy peasy lemon squeezy. making videos is way easier! cakap depan camera sorang2 as if i cakap dengan the whole world! and yang best nya, i boleh edit and re-take kalau i messed up! haha!
but this time around i kena jalan sambil cakap, kena announce itu ini and fill up awkward silent moments. nyeh.

i don't know how hosts/presenters/emcees do that effortlessly.
tabik hormat!

i only hope i delivered my best. i don't have pics because i didn't give my camera to anyone and i don't think people wanna take pics of me pun.
oh and i know there're guy readers here so i takmo bagi korang opportunity to tengok perempuan showcase baju atas badan mereka. not from my blog anyway. their badan is not for me to tayang free free. =p

just wanna say, it was a great experience on my part, the designers have shown their creativity at best, and the event was hopefully entertaining for all guests =D
shout out to AmmaraHijabi & the Insiders for trusting me to be the emcee for their event!!

enough about the show!

just wanna share something i've learnt last night.

when performing your solat, please try to slow down and recite the surahs properly. kita ada something called makhraj. tengok sini for reference. kalau salah sebut or tinggal huruf or salah tajwid, the meaning might be different. maka, tak betullah surah anda baca. maka rugi lah solat anda.. sayang kan? praying 5 times a day won't mean much kalau surah yang ada 4,5 ayat jadi satu je (sebab baca laju2).

so sabar dalam melakukan solat.

pastu, niat kena betul. ni fundamental. and then takbiratul ihram jangan tinggal. sebutlah "Allahuakbar" and remember it's meaning: Allah The Almighty. girls are encouraged to say it too but not out loud! asal diri sendiri boleh dengar, ok la tu. Allah is Mighty, we shouldn't be scared to admit that. =)

lastly, bila tahiyyat awal and akhir, jangan la baca laju laju! sabarrrrrrrrr~
sebab again, kalau salah sebut, salah makhraj, salah tajwid, mungkin maksud jadi lain.

please read up on Rukun Solat if you want to know more on do's and don'ts' when performing prayers.
and do share if you want here! or in your blog or wherever la! dalam Islam, sesama manusia, tak perlu lah kedekut ilmu =)

ps: ini lunch hour post. mueheheheee =p

Have a great day ahead!

peace.

ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN

Kepada para-para peminat SYAMSUL YUSUF yang Handsome dan juga SCHA ALYAHYA yang cantik menawan ini. Jangan lupa untuk mengundi mereka ke TOP5 ABPBH. TQ. -ryzal-

Perubahan ..

erm, assalamualaikum .. saya nak ucapkan selamat datang ke blog saya.. terima kasih kerana sudi melawat kat sini. apapun, saya nak cakap kat sini,, yang acc facebook saya sekarang ni dh ada mula perubahan .. kiranya likers lah kan .. datanglah jenguk juga acc facebook saya tu .. takkan lah korang tak tahu .. RAJA RYZAL  username die... hmmm.. kat sini saya nak cakap juga yang saya ada mohon menjadi model kat majalah MANGGA .. harap-harap dorang dapat terima saya .. saya dah cuba sedaya upaya untuk membuktikan kejayaan saya. baiklah,, sampai sini saja yang dapat saya coret kan buat pembaca semua. terima kasih sekali lagi.. bubye.. ceria selalu :)

Pencalonan awal ABPBH


Yang paling banyak mengundi di laman FACEBOOK ialah pilihan 2 dan 3 .

Lelaki Popular FACEBOOK